Produk Nona Klasik

Tart "Mencintai Aku"

product

Harga: RM 27.00

"Reendu" Nasi Minyak

product

Harga: RM 8.00

Pulut Kuning "DiRaja"

product

Harga: Sila Hubungi Kami

Abah : Ramadhan

Bulan ni ada jugak projek memasak, tapi yang kecil2.. paling banyak pun untuk 150 orang.. Bukan ape kesian pulak kat chef.. Chef kata bulan ni kalau boleh nak berehat sikit, sbb nak terawih... Takut penat...

Maklumlah Chef tu abah saya sendiri.. Tahun ni dah masuk 60 tahun.. Tapi sememangnya abah memang kuat dari segi fizikal dan mental.. Bayangkan umur2 dia boleh buat semua kerja sorang2.. Pegi pasar, sediakan barang nak memasak, memasak, hantar makanan, dan setting barang. Walaupun bukan selalu. Selalunya untuk jamuan yang kecil2 la dan untuk last minute order. Kecil2 pun tapi penyediaannya tu yang penat... Jamuan besar atau kecil tu sebenarnya sama jea.. Dua2 pun nak kena buat benda yang sama... cuma bilangan jea yang berbeza. Tapi apa2 kena reda sebab tu la mata pencarian kami.

Walaupun kata nak berehat.. tapi dari awal ramadhan sampai la ke hari yang ke-10 ni.. belum tengok lagi abah tu berehat... Ada jea kerja yang dia nak buat dan ade jea kerja yang mesti buat. Bayar bil2 supplier, jumpa client, betulkan kereta, lori, van (semua nak kena servis sbb sebelum ni x sempat). Ada ketika saya akan ikut abah sekali. Kadang2 tu abah x bagi saya ikut sbb anak saya masih kecil dan susah nak keluar2. Last2 abah jugak yang kena keluar kereta beberapa kali.

Baru2 ni masa pegi bank, hampir2 terjatuh, dah terseliuh kaki.. kesian sampai biru2 kaki tu... tapi bila berbuka masih nak memasak.. Yeala kan kalau beli macam2 pun bukan nya makan sgt...termasuk saya sendiri.. Suami kerap kali cakap kalau masak lagi puas hati.. tapi tu la saya jarang menunjukkan kepakaran saya dalam memasak ni. Time abah x de atau x sempat jea baru saya masak..

Macam puasa ke-8 hari tu saya buat ikan cencaru sumbat dan sayur kobis cina goreng. Dalam masa 45 min boleh siap dah makanan haritu.. Tu pun dengan bantuan ibu. Boleh dikatakan 1st time la saya buat makanan tuh.. Yeala sblm ni asyik2 abah jea.. Boleh la... Yang penting makanan haritu habis dan x de yang terbuang..

Okey... sahur time

2 Response to "Abah : Ramadhan"

rositahmdzain said...

waah..bestla nona klasik agk rajin apdet blog ek semenjak duamenjak ni. Barulah hapening sikit blog anakcucuhajahsaodah. Rajin2la amik gambr dgn model2 cilik skali i.e. danish n cinta. Tp kalo nak model yg lebih bergaya n cun amik la Kareena Kapoor(ni versi bollywood) or Sandra Bullock(ni versi hollywood)tp org yg samala kan nun di UPM, Serdang, S'ngor Darul Ehsan..huk2. Kalo yg ala2 gadis melayu terakhir di Unisel sorg n Sg.Buluh sorg.Jgn marah ek.. I ni ibu yg prasan ckit..eh..bnyk kot:-D

NASI BARYANI SEDAAAAAP... said...

Cikgu yang kat penang tu, version ape ek??

Post a Comment