Produk Nona Klasik

Tart "Mencintai Aku"

product

Harga: RM 27.00

"Reendu" Nasi Minyak

product

Harga: RM 8.00

Pulut Kuning "DiRaja"

product

Harga: Sila Hubungi Kami

KEK

YA .. Betul..Ade... Di sini kami juga menerima tempahan kek. Kek atau cupcake untuk majlis harijadi... bertunang, kek kahwin dan macam macam lagi...

 Kek Harijadi No 1


 Kek Harijadi lagi...


Kek Hantaran ..

dan macam- macam lagi... kalau nak tengok lagi boleh pegi kat sini yea.. http://cintalobakmerah.blogspot.com/

Macam - macam ada....




Selain daripada makanan berat seperti nasi, mee kami juga menerima tempahan kuih-muih... 

Cuba tengok ni...



Jamuan Raya Bank Rakyat


Nie jamuan Raya Bank Rakyat Putrajaya tempoh hari...

klik gambar utk lihat menu2 dia...

Makan pagi,pukul 9.00 dah start makan...so antara menu dia ialah nasi lemak...bukan nasi lemak 2.0 tau...






Hidangan untuk Boss2 Bank Rakyat...

Jelita - Oktober 2011



Jangan lupa dapatkan Majalah Jelita Keluaran Oktober 2011...
MukaSurat 186 & 187


Sila Klik Gambar untuk besarkan imej ya....Tengok nama siapa.....

Penambahbaikan...



Blog ini sedang melalui proses penambahbaikan untuk kemudahan bersama dimasa hadapan. Harap Maaf diatas segala kesulitan..

Selamat Hari Raya

Salam buat semua....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Buat semua umat Islam diseluruh dunia, khusus buat ibu, abah, suami dan anak - anak tersayang. Tak dilupakan juga buat adik beradik,ibu mertua, saudara mara serta sahabat - sahabat.
Dan juga khas buat pelanggan - pelanggan NONA KLASIK SD BHD...

Semoga Syawal ini mendatangkan kegembiraan buat semua dan menyatukan ukhwah sesama kita.

Delivery Service REENDU NASI MINYAK




Kami baru saja memulakan delivery service ini lebih kurang sebulan yang lalu.
Asalnya perkhidmatan ini adalah khusus untuk pekerja - pekerja disekitar Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya yang malas untuk keluar makan di luar.

Perkhidmatan ini masih diteruskan di bulan Ramadhan bagi sesiapa yang ingin menikmati keenakan REENDU NASI MINYAK...

Syarat- syarat tempahan :

  • Tempahan hendaklah dibuat 24 jam sebelum waktu penghantaran.
  • Waktu tempahan terakhir diterima ialah 12.00pm untuk tempahan keesokan harinya.
  • Waktu penghantaran ialah dari 11.30 am - 2.30 pm, bagi setiap hari bekerja sahaja. (bukan bulan Ramdhan)
  • Waktu penghantaran di bulan Ramadhan 3.30pm - 5.30 pm (termasuk Sabtu dan Ahad)
  • Tempahan minimum ialah 5 unit, kurang akan dikenakan caj tambahan mengikut kawasan.
  • Kos penghantaran adalah percuma bagi kawasan Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Lain-lain kawasan adalah berbeza kos penghantarannya.
  • Tempoh promosi tamat pada 26 OGOS 2011
  • Payment: Cash On Delivery


Selain dari itu pada sesiapa yang ingin bersedekah atau memberi makan pada orang yang bukan di rumah anda, kami boleh membuat penghantaran terus ke tempat yang anda kehendaki.
Tentang pembayaran... Tak ape memang la syarat tempahan kata COD tapi kiter jugak boleh menggunakan online; maybank2u...

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi 019-3910612.

Cepat ... sementara PROMOSI masih ada..

Tempahan Kuih Tart



1 botol 50bj=RM25

Emmm Sedapnya...

Bulan Ramadhan ni selain dari aktiviti katering kami ade menerima tempahan kuih tart di atas
Sedap... memang every year jual cuma tak masukkan dalam blog...
Confirm sedap...

Sape yang nak order baik buat sekarang... takut tak sempat....dah habis...

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam khususnya yang mengunjungi blog ini dan pada sanak saudara jauh atau dekat dan juga sahabat handai.
Tidak dilupakan juga pada semua pelanggan-pelanggan Nona Klasik Sdn Bhd yang sentiasa dan tidak jemu untuk mendapatkan perkhidmatan dari kami.
Selamat Berpuasa, semoga ibadah kita pada Ramadhan kali ini akan lebih bermakna...

Majlis Perkahwinan anak MB Kedah

Tempahan dari MB Kedah :
Set Nasi Baryani
Khemah Arabian 10 set
Food Carving
Pulut Kuning
Cupcake untuk Hi table
Tema : Putih + Kuning

Anak & Menantu MB...

Lagi gambar pengantin...

Ha... Sape tu? Jangan x tau yea..
Lagi... Sape tu?.. Antara rakan2 seperjuangan MB...
Tengah sibuk memerhati tetamu yang datang...


Hi Table

VIP's area
Simple Cupcake

Pulut Kuning...

Pulut Kuning lagi...

Tempahan dari Najidah binti Hambali

Ni tempahan kedua dari keluarga Tn Hj Hambali. Majlis ni buat kat Dewan Masjid kat Tmn Melati, Gombak (ala... x ingat la nama masjid tu). The bride was the sister of my friend (Najiha Binti Hambali, my ex schoolmate). Thanx Jiha sbb sudi tempah kat km. Sorila ... wlwpun lmbt, tp kuar jugak kat blog nih..

Layan jea la gambar2 nih...


Masa nih x ambik gambar byk, ade beberapa lg tp gambar x cantik la.. yg nih pun kabur ... ambik ngan hp jea, kamera tertinggal...

Tema hari tu white + purple...

Harap masih x terlambat lg utk wish Selamat Pengantin Baru semoga kekal hingga ke akhir hayat. Dah dpt bb nanti kalau nak bt aqiqah blh panggil akak yea...

Gambar makanan x tunjuk sbb gambar x cantik la..............

Majlis Perkahwinan Anak En Pudzi & Pn Norizan


Spt yg dinyatakan dlm n3 yg lps aku nak letak gambar2 wedding function anak En Pudzi & Pn Norizan...
so, layan jea la...
ni la Dewan Sri Melati, Putrajaya.... besar dan luas kan... selesa.....

bila dan setting elok2 tu .. dah nampak cantik...

fruit carving... cantik, kan...

pelamin anganku... cantik......

creativekan..



yes!!!.. introducing our new product.. gubahan pulut kuning.. sekarang ni kan, ade pengantin yang lebih suka potong pulut kuning dari kek.. it's an optional la.. sama ada nak ambik kek atau pulut....
Pulut kuning ni di tempah khas oleh bapa pengantin, kerana katanya menantunya dari Kuala Selangor... orang Jawa.. so, nak kek2 nak tukar selera...........

K.. SESAPE YANG NAK BUAT TEMPAHAN PULUT KUNING atau KEK BOLEH CAL THIS NUMBER 019-3910612

The sob... sob.. part.. sowila... x sempat langsung nak ambik gambar pengantin @ pun parents dia.. tetiba jea dah jd sibuk... sampai lupa nak ambik gambar..
Pic yg td tu masa awal-awal majlis..


Terima Kasih .................

Terima kasih buat En Pudzi & Kak Norizan sekeluarga...
Ni merupakan tempahan kali kedua dari keluarga En Pudzi.. Orangnya sempoi jea
tapi sebenarnya orang yang berjawatan tinggi.. teman2 ade dr kalangan
timbalan menteri tapivery simple.. Seronok dapat customer mcm En Pudzi...
Selamat Pengantin Baru buat anakandanya yang melangsungkan
perkahwinan pada hari Sabtu (12.03.2011) yang lalu.. semoga bahagia
dan kekal ke akhir hayat. Nampak gayanya bakal menimang cucu pertama
pada Julai ni.. Buat Intan (anak ke-2 En Pudzi yang berkahwin pada tahun lepas)
semoga selamat bersalin nanti.. Nanti kalau nak buat
aqiqah blh suruh kak nisha masak............

p/s: maaf gambar x dpt upload sekarang........ tp memang cantik .... buat kat Dewan Sri Melati, Putrajaya...........................

Tempahan dari Mawar; Desa Pinggiran Putra

Mawar, nama sebenar x ingat.. Order makan utk 30 org.
Set A Nasi Baryani + Kuih Sagu Melaka setalam. Terima kasih sebab order.....
Gambar x boleh upload sbb lupa nak snap. Maklumlah, kelam kabut.
Mawar datang ngan suami dier utk ambik makanan. Terima kasih sekali lg sbb puas
hati ngan makanan kami. Lain kali bolehlah order lagi....

p/s : sebenarnya mawar tempah 30.01.2011 aritu.. tapi ade jea benda lain nak buat, so lambat la update..........sori yea mawar.. anyway thanx again sbb melawat blog saya nisha nih.....

Salam : Aktiviti Baru

Lama x update, nak kata sibuk... sibukla.. macam2... catering, urus anak2, rumah dan macam2 dan yang terbaru aktiviti 'membaking'... Semua ni cetusan dr sepupu (blog dier http://sayang-cintakasihsayangdalamhati.blogspot.com/) yang dok kat Kemaman, dok yang ajak membaking.. lama2 jd minat dan seronok pulak... Rupa - rupanya boleh buat.. Kalau tau dah lama buat dulu... x la susah mane pun... susah lagi nak balancekan balance sheet masa kerja dulu tuh.

Alhamdulillah, setakat ni dah dpt tempahan. X kisahlah siapakan, yang penting ada org nak cuba dan rasa kek buatan kiter....

So, lepas ni selain tempahan nasi baryani/nasi putih, nak tempah utk dessert ke, kek ke pun boleh. Baru ni buat moist choclate cake with ganache dan ade strawberry untuk best friend adik bertunang... (gambar x de sbb hubby bawak camera, hp pun kena kebas jugak.. frustnya sbb x dpt nak ambik gambar).

Sebenarnya banyak benda yang nak update, tapi gambar x boleh upload.