Produk Nona Klasik

Tart "Mencintai Aku"

product

Harga: RM 27.00

"Reendu" Nasi Minyak

product

Harga: RM 8.00

Pulut Kuning "DiRaja"

product

Harga: Sila Hubungi Kami

Juadah Untuk Al-Jenderami

Hari ni kena masak untuk Al-Jenderami. (Sila baca mengenai Al-Jenderami http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/). Dulu ustaz ni selalu masak sendiri tapi dengarnya sekarang terlalu sibuk. Kali ni minta jasa abah untuk masakkan juadah berbuka puasa untuk penghuni dan juga tetamu dari luar yang datang ke Al-Jenderami ni. Tempat ni sentiasa sibuk dan di datangi oleh tetamu2, boleh dikatakan dari seluruh dunia. Paling jauh negara dari Timur Tengah sana.. dan yang paling dekat penghuni sg merab sendiri.

Yang nak diceritakan ialah tentang keinginan abah nak bantu memasak untuk Al-Jenderami ni. Abah kata baru semalam berniat nak masakkan tapi tup2 petang tu dapat projek yang lebih bagus. Tu la berkatnya memasak untuk anak2 yatim ni. Barakah. Rezeki tu memang bukannya terletak pada manusia. Tapi Allah yang tentukan.

Moral of the story, banyakkanlah berbuat baik dan bersedekah di bulan Ramadhan yang berkat terutama pada yang memerlukan.

Abah : Ramadhan

Bulan ni ada jugak projek memasak, tapi yang kecil2.. paling banyak pun untuk 150 orang.. Bukan ape kesian pulak kat chef.. Chef kata bulan ni kalau boleh nak berehat sikit, sbb nak terawih... Takut penat...

Maklumlah Chef tu abah saya sendiri.. Tahun ni dah masuk 60 tahun.. Tapi sememangnya abah memang kuat dari segi fizikal dan mental.. Bayangkan umur2 dia boleh buat semua kerja sorang2.. Pegi pasar, sediakan barang nak memasak, memasak, hantar makanan, dan setting barang. Walaupun bukan selalu. Selalunya untuk jamuan yang kecil2 la dan untuk last minute order. Kecil2 pun tapi penyediaannya tu yang penat... Jamuan besar atau kecil tu sebenarnya sama jea.. Dua2 pun nak kena buat benda yang sama... cuma bilangan jea yang berbeza. Tapi apa2 kena reda sebab tu la mata pencarian kami.

Walaupun kata nak berehat.. tapi dari awal ramadhan sampai la ke hari yang ke-10 ni.. belum tengok lagi abah tu berehat... Ada jea kerja yang dia nak buat dan ade jea kerja yang mesti buat. Bayar bil2 supplier, jumpa client, betulkan kereta, lori, van (semua nak kena servis sbb sebelum ni x sempat). Ada ketika saya akan ikut abah sekali. Kadang2 tu abah x bagi saya ikut sbb anak saya masih kecil dan susah nak keluar2. Last2 abah jugak yang kena keluar kereta beberapa kali.

Baru2 ni masa pegi bank, hampir2 terjatuh, dah terseliuh kaki.. kesian sampai biru2 kaki tu... tapi bila berbuka masih nak memasak.. Yeala kan kalau beli macam2 pun bukan nya makan sgt...termasuk saya sendiri.. Suami kerap kali cakap kalau masak lagi puas hati.. tapi tu la saya jarang menunjukkan kepakaran saya dalam memasak ni. Time abah x de atau x sempat jea baru saya masak..

Macam puasa ke-8 hari tu saya buat ikan cencaru sumbat dan sayur kobis cina goreng. Dalam masa 45 min boleh siap dah makanan haritu.. Tu pun dengan bantuan ibu. Boleh dikatakan 1st time la saya buat makanan tuh.. Yeala sblm ni asyik2 abah jea.. Boleh la... Yang penting makanan haritu habis dan x de yang terbuang..

Okey... sahur time

Projek sebelum Ramadhan

Banyak benda yang nak update dalam blog ni tapi gambar x de.. Beberapa function yang lepas pun x update sbbnya gambar x ambil. Macam2 hal yang jadi... Tu la walaupun banyak yang kita plan tapi x semuanya menjadi..Function2 yang lepas :-

25.07.2010 - En Pudzi dan Pn Norizan di Dewan Sri Melati, Putrajaya
25.07.2010 - En Mokhtar dan Pn Salbiah di Dewan Serbaguna, Presint 16, Putrajaya
07.08.2010 - Dr Badrol, Sg Merab
08.08.2010 - Pak Uda Hanif dan Mak Uda Esah

Tapi alhamdulillah untuk function2 tu semuanya 99% semuanya berjalan dengan lancar. Cuma 1% tu lagi datangnya dari kami sendiri yang rasa mungkin kami boleh memberi yang lebih baik dari tu. Tuan rumah pun berpuas hati.... dan kata2 akhir mereka memberi semangat dan perangsang lagi untuk kami di NKSB untuk berusaha lebih keras supaya dapat memenuhi permintaan pelanggan di masa hadapan.

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada setiap umat Islam yang menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Semoga ibadah dan amalan pada tahun ini akan diterima oleh Allah swt.