Produk Nona Klasik

Tart "Mencintai Aku"

product

Harga: RM 27.00

"Reendu" Nasi Minyak

product

Harga: RM 8.00

Pulut Kuning "DiRaja"

product

Harga: Sila Hubungi Kami

Minggu Rehat...

Cerita kali ni x sesuai ngan tajuk tapi.. x pe la x de idea.. Minggu ni patutnya rehat sikit.. Tapi last minute ader org call nak buat aqiqah...Lagipun bukan org lain pun... Tuuuu ha supplier ayam... kat atas bukit sana.. Dia nak buat aqiqah untuk cucu dia.....

Walaupun dah buat perancangan untuk bersantai2 minggu ni tp dah ade projek, sambil santai2 tu buat jugakla kerja.. Sori la hubby.. nama pun catering, kan... kiter kena la ikut customer punya waktu.. lagipun sikit jea... Macam ni la bila dah buat sendiri nanti... x kira waktu atau tempat semua kena buat jugak...

Untuk aqiqah, kalau seekor kambing harga dalam RM600 - RM700. Ikut pasaran waktu tu.. Selalu orang kata budak perempuan 1 ekor, budak lelaki 2 ekor. Sebenarnya 2 ekor tu kalau mampu, jika tidak seekor pun dah memadai.. Yang penting niat...

Tel dan Internet

Lama betul x update blog ni... antara sebabnya...

1. Kabel telefon kena curi,

2. Disebabkan tu tel rumah dan internet x leh pakai langsung

3. Pastu raya...

4. Lepas dah raya sakan kat penang tu pun, balik dari kg, tel dan internet still x leh pakai.
Dah berbakul2 amarah yang dilemparkan pada si operator tm tuh...nak buat camne, asyik ambik report jea.. tp x take action...padanla muka hangpa.. geram betul.. bila bil datang nanti kita kena jugak bayar untuk sebulan padahal pakai dlm sebulan x sampai seminggu pun..

5. Katering.. alhamdulillah.. bulan raya ni ada jea rezeki.. yeala.. blh dikatakan hampir semua org nak buat open house. Kami sendiri pun ada buat jugak pd 25.9.2010 tempohari. Ingatx nak buat tapi sebab, blh dikatakan 3 tahun berturut2 x buat open house. Mana xnye, asyik masakkan org, kita sendiri lupa, x sempat.. tau2 jea raya dah habis... Jd raya tahun ni kami ikut jea menu yang org order, cuma tambahkan qty jea...Tu pun x dpt jemput semua, sbb decide last minute.

So, nak mintak maaf la, pada mane2 sedara, sahabat dan customer2 lama yang x dpt/ x sempat nak panggil utk open house tempohari..

Selamat Hari Raya!!

PROMOSI HARI RAYA 2010


Sila klik di atas untuk gambar yang lebih jelas


Raya makin hampir, mesti ramai yang nak buat open house, majlis tunang, doa selamat, majlis harijadi... so, alang2 tu ... jadikanlah ia satu majlis menarik.

NKSB menyediakan beberapa pakej juadah yang istimewa dan menarik bagi jamuan yang akan anda sediakan. Apa yang penting pada hari jamuan itu tetamu akan menikamati :
  • makanan yang sangat sedap, bersih dan yang penting halal
  • hidangan yang menarik
  • harga yang berpatutan
Yang lebih menarik, potongan sebanyak 10 % akan diberikan kepada sesiapa yang membuat tempahan sebelum12.09.2010. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjimatkan belanja anda bagi jamuan anda nanti.

*Pakej tersebut termasuk peralatan makan buffet dan juga 1 orang pramusaji bagi setiap tempahan 100 pax.



Juadah Untuk Al-Jenderami

Hari ni kena masak untuk Al-Jenderami. (Sila baca mengenai Al-Jenderami http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/). Dulu ustaz ni selalu masak sendiri tapi dengarnya sekarang terlalu sibuk. Kali ni minta jasa abah untuk masakkan juadah berbuka puasa untuk penghuni dan juga tetamu dari luar yang datang ke Al-Jenderami ni. Tempat ni sentiasa sibuk dan di datangi oleh tetamu2, boleh dikatakan dari seluruh dunia. Paling jauh negara dari Timur Tengah sana.. dan yang paling dekat penghuni sg merab sendiri.

Yang nak diceritakan ialah tentang keinginan abah nak bantu memasak untuk Al-Jenderami ni. Abah kata baru semalam berniat nak masakkan tapi tup2 petang tu dapat projek yang lebih bagus. Tu la berkatnya memasak untuk anak2 yatim ni. Barakah. Rezeki tu memang bukannya terletak pada manusia. Tapi Allah yang tentukan.

Moral of the story, banyakkanlah berbuat baik dan bersedekah di bulan Ramadhan yang berkat terutama pada yang memerlukan.

Abah : Ramadhan

Bulan ni ada jugak projek memasak, tapi yang kecil2.. paling banyak pun untuk 150 orang.. Bukan ape kesian pulak kat chef.. Chef kata bulan ni kalau boleh nak berehat sikit, sbb nak terawih... Takut penat...

Maklumlah Chef tu abah saya sendiri.. Tahun ni dah masuk 60 tahun.. Tapi sememangnya abah memang kuat dari segi fizikal dan mental.. Bayangkan umur2 dia boleh buat semua kerja sorang2.. Pegi pasar, sediakan barang nak memasak, memasak, hantar makanan, dan setting barang. Walaupun bukan selalu. Selalunya untuk jamuan yang kecil2 la dan untuk last minute order. Kecil2 pun tapi penyediaannya tu yang penat... Jamuan besar atau kecil tu sebenarnya sama jea.. Dua2 pun nak kena buat benda yang sama... cuma bilangan jea yang berbeza. Tapi apa2 kena reda sebab tu la mata pencarian kami.

Walaupun kata nak berehat.. tapi dari awal ramadhan sampai la ke hari yang ke-10 ni.. belum tengok lagi abah tu berehat... Ada jea kerja yang dia nak buat dan ade jea kerja yang mesti buat. Bayar bil2 supplier, jumpa client, betulkan kereta, lori, van (semua nak kena servis sbb sebelum ni x sempat). Ada ketika saya akan ikut abah sekali. Kadang2 tu abah x bagi saya ikut sbb anak saya masih kecil dan susah nak keluar2. Last2 abah jugak yang kena keluar kereta beberapa kali.

Baru2 ni masa pegi bank, hampir2 terjatuh, dah terseliuh kaki.. kesian sampai biru2 kaki tu... tapi bila berbuka masih nak memasak.. Yeala kan kalau beli macam2 pun bukan nya makan sgt...termasuk saya sendiri.. Suami kerap kali cakap kalau masak lagi puas hati.. tapi tu la saya jarang menunjukkan kepakaran saya dalam memasak ni. Time abah x de atau x sempat jea baru saya masak..

Macam puasa ke-8 hari tu saya buat ikan cencaru sumbat dan sayur kobis cina goreng. Dalam masa 45 min boleh siap dah makanan haritu.. Tu pun dengan bantuan ibu. Boleh dikatakan 1st time la saya buat makanan tuh.. Yeala sblm ni asyik2 abah jea.. Boleh la... Yang penting makanan haritu habis dan x de yang terbuang..

Okey... sahur time

Projek sebelum Ramadhan

Banyak benda yang nak update dalam blog ni tapi gambar x de.. Beberapa function yang lepas pun x update sbbnya gambar x ambil. Macam2 hal yang jadi... Tu la walaupun banyak yang kita plan tapi x semuanya menjadi..Function2 yang lepas :-

25.07.2010 - En Pudzi dan Pn Norizan di Dewan Sri Melati, Putrajaya
25.07.2010 - En Mokhtar dan Pn Salbiah di Dewan Serbaguna, Presint 16, Putrajaya
07.08.2010 - Dr Badrol, Sg Merab
08.08.2010 - Pak Uda Hanif dan Mak Uda Esah

Tapi alhamdulillah untuk function2 tu semuanya 99% semuanya berjalan dengan lancar. Cuma 1% tu lagi datangnya dari kami sendiri yang rasa mungkin kami boleh memberi yang lebih baik dari tu. Tuan rumah pun berpuas hati.... dan kata2 akhir mereka memberi semangat dan perangsang lagi untuk kami di NKSB untuk berusaha lebih keras supaya dapat memenuhi permintaan pelanggan di masa hadapan.

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada setiap umat Islam yang menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Semoga ibadah dan amalan pada tahun ini akan diterima oleh Allah swt.

Sibuk...

Hari dan minggu yang memenatkan... sangat sibuk sampai x sempat nak update blog pun. Walaupun catering kecik2... tapi kalau dah 2 - 3 tempat... memang la agak penat sikit.. tapi biasala kan... kerja.

Bulan Julai ni, every weekend kena masak untuk peserta kursus di Perpustakaan kat Bangi ni.. Walaupun x banyak tapi okey la 3 kali makan 1 hari tuh.... Alhamdulillah rezeki..

Last week (Pesrta kursus terdiri dari ibu2 tunggal)-:
3 Julai 2010 - 30 Org

Breakfast
1. Meehoon Goreng
2. Bengkang Ubi
3. Air Teh Tarik

Lunch
1. Nasi Tomato
2. Ayam Masak Merah
3. Daging Masak Kurma
4. Acar Timun Nenas
5. Buah
6. Air Sirap

Tea Break
1. Sandwich
2. Kuih Cucur Badak
3. Kuih Apam Gula Melaka
4. Air Nescaffe O


4 Julai 2010 - 30 Org
Breakfast
1. Mee Goreng
2. Kuih Talam Suji
3. Air Teh Tarik

Lunch
1. Nasi Putih
2. Ayam Masak Lemak Cili Api
3. Daging Kicap
4. Sayur Kobis Goreng
5. Buah
6. Air Anggur

Tea Break
1. Bubur Pulut Hitam
2. Kuih Pulut Panggang
3. Kuih Putri Ayu
4. Air Nescaffe O

This week (Peserta kursus dari terdiri dari anak2 yatim) -:
10 Julai 2010 - 28 Org + 40 Org (termasuk peserta kursus di UPM)
Breakfast
1. Mee Goreng
2. Kuih
3. Air Teh Tarik

Lunch
1. Nasi Putih
2. Masak Lemak Ikan Masin
3. Ayam Masak Black Paper
4. Ikan Keli Goreng Berlada
5. Sayur Kobis + Kacang Panjang Goreng
6. Buah
7. Air

Tea Break
1. Kuih Tepung Talam
2. Kuih Karipap
3. Air Teh O


11 Julai 2010 - 20 Org
Breakfast
1. Meehoon Goreng Singapore
2. Kuih Keria
3. Air Nescaffe Tarik

Lunch
1. Nasi Baryani
2. Ayam Baryani
3. Daging Kandar
4. Dalca
5. Buah
6. Air Sirap

Tea Break
1. Kuih Samosa
2. Kuih Lapis
3. Air Teh O

Menu II

SET NASI CAMPUR (Lauk Kampung) A (RM14)

  • Nasi Putih
  • Daging Salai Lemak Cili Api
  • Ayam Goreng Berempah
  • Sambal Tumis Udang + Petai
  • Lemak Nangka
  • Ikan Masin
  • Ulam + Sambal Tempoyak
  • Buah
  • Air


SET NASI CAMPUR (Lauk Kampung) B (RM14)
  • Nasi Putih
  • Ayam Lemak Cili Api
  • Daging Dendeng
  • Sambal Sotong
  • Sambal Tempoyak Pucuk Ubi
  • Ikan Masin
  • Ulam + Sambal Tempoyak
  • Buah
  • Air


SET NASI CAMPUR (Lauk Kampung) C (RM14)
  • Nasi Putih
  • Ayam Goreng Berempah
  • Daging Masak Kicap
  • Ikan Kembong Bercili
  • Lemak Nenas Ikan Masin
  • Ikan Masin
  • Ulam + Sambal Belacan
  • Buah
  • Air



SET NASI CAMPUR (Lauk Kampung) D (RM14)
  • Nasi Putih
  • Asam Pedas Ikan Tenggiri
  • Daging Masak Kicap
  • Ayam Goreng Berempah
  • Pecal (Kangkung + Tauhu + Tempe + Kacang Panjang + Kuah Kacang)
  • Ikan Masin + Sambal Belacan
  • Buah
  • Air


SET NASI CAMPUR (Lauk Kampung) E (RM14)
  • Nasi Putih
  • Daging Gulai Kawah
  • Ayam Berlada
  • Ikan Bakar (Kembong/Pari) + Air Asam
  • Sayur Kobis + Kacang Panjang + Tempe
  • Ikan Masin
  • Ulam + Sambal Belacan
  • Buah
  • Air


Di atas adalah antara fav food yang orang order. Minimum Order mestilah dari 50 org ke atas. Customer juga boleh cadangkan menu yang mereka mahu mengikut selera masing - masing.

*Harga termasuk pengangkutan (di sekitar lembah klang), peralatan makan buffet; pinggan, gelas, sudu, garfu dan tisu shj (tidak termasuk makan hidang).

* Harga bagi setiap seorang pramusaji ialah RM70 - RM90 ; bergantung pada jenis dan waktu majlis.


*Harga juga boleh berubah bergantung pada harga semasa bahan2 mentah.

Menu I

SET NASI BARYANI A (RM12)

  • Nasi Baryani
  • Daging Baryani
  • Ayam Merah
  • Dalca Sayur + Daging Tetel
  • Acar Buah
  • Buah
  • Air

SET NASI BARYANI B (RM12)

  • Nasi Baryani
  • Daging Kandar
  • Ayam Baryani
  • Dalca Sayur + Daging Tetel
  • Acar Bombay
  • Buah
  • Air

SET NASI BARYANI C (RM15)
  • Nasi Baryani
  • Kambing Kuzi
  • Ayam Merah
  • Dalca Sayur + Daging Tetel
  • Acar Buah
  • Buah
  • Air

SET NASI BARYANI D (RM13)
  • Nasi Baryani
  • Daging Baryani
  • Ayam Golek
  • Dalca Sayur + Daging Tetel
  • Acar Buah
  • Buah
  • Air

SET NASI TOMATO E (RM12)

  • Nasi Tomato
  • Daging Merah
  • Ayam Kurma
  • Dalca Sayur + Daging Tetel
  • Acar Timun Nenas
  • Buah
  • Air
SET NASI BUKHARI F (RM15)
  • Nasi Bukhari Daging
  • Daging Masak Merah
  • Ayam Goreng Berempah
  • Dalca Sayur + Daging Tetel
  • Acar Timun Nenas
  • Buah
  • Air

*Harga termasuk pengangkutan (di sekitar lembah klang), peralatan makan buffet; pinggan, gelas, sudu, garfu dan tisu shj (tidak termasuk makan hidang).

* Harga bagi setiap seorang pramusaji ialah RM70 - RM90 ; bergantung pada jenis dan waktu majlis.


* Harga juga boleh berubah bergantung pada perubahan harga bahan2 mentah.

Photos from Erna's Wedding

First entry dulu ade citer pasal 2 pupu yang kahwin tema ala2 Jawa, tapi gambar x de. Baru2 ni dia forwardkan beberape gambar masa wed dia.

Ni la pasangan pengantin haritu, and the bride is my cousin.
Antara set food carving - buah tembikai kuning, tembikai merah dan honeydew.


Menarik kan! Sedapnya rasa..........


Sebelum pengantin datang untuk menjamu selera buah-buahan dan lauk2 tu di balut untuk mengekalkan kesegaran dan kebersihan makanan yang dihidangkan. Selain buah-buahan, ayam golek, ikan dan udang pun ada dihidangkan beserta dengan hiasannya sekali (tapi x de dalam gambar ni).Bagi set ni 2 orang pramusaji disediakan khas untuk menyajikan makanan pada pasangan pengantin dan tetamu2 khas yang duduk di tempat hi table.

VIP Table

VIP table; tempat makan bagi tetamu -tetamu penting yang dijemput oleh tuan rumah. Cara hidangan selalunya menggunakan dome dan dilayan oleh seorang pramusaji bagi setiap satu atau setiap dua meja bergantung kepada majlis dan juga bergantung pada keperluan tuan rumah.
Antaranya :














Di Nona Klasik bagi tempahan untuk 1,000 orang ke atas, 2 set VIP Table akan diberi secara percuma.

18.02.2010 : Majlis Perkahwinan Sazlina Chin, Bukit Antarabangsa

Majlis bermula dengan akad nikah di Masjid Bukit Antarabangsa pada pukul 10.00 a.m. Seramai 100 orang tetamu hadir bagi meraikan majlis tersebut.




Dessert for the day 'sagu gula melaka' ... fuhhh seddaaap!


Nasi Tomato



Kambing Kuzi

Ayam Padprik

Ikan Sweet Sour

Daging Dendeng


Set Dome untuk VIP's



Pasangan pada hari itu telah memilih lauk yang pelbagai. Katanya nak buat macam buffet ala2 hotel.. (maka.. kos penyediaan makanan haritu pun ala2 hotel) Bagi pihak NKSB, kami tiada halangan di dalam menyediakan menu mengikut citarasa pelanggan. Yang penting pelanggan dapat memberi kerjasama yang baik di dalam menjayakan majlis tersebut...


Bagi majlis resepsi, ianya telah berlangsung pada malam hari tersebut di rumah baru pasangan pengantin yang terletak kira-kira 2 km dari masjid tadi. Salah satu menu yang menarik pada malam tersebut ialah kambing golek. Majlis berlangsung sehingga lewat malam dan akhirnya dapt disempurnakan dengan baik, alhamdulillah... Kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Sazlinda dan pasangan semoga berkekalan dan bahagia selamanya....



Tema pada hari tersebut, Gold + Maroon



25.02.2010 : Majlis Perkahwinan di Taman

Ini adalah majlis perahwinan anak tunggal En Zolkifli yang di adakan di Saujana Prima, Kajang. Majlis pada hari tu diadakan ala2 dalam taman. tapi gambar yang dapat masa tu sangat terhad. Khemah tetamu saje 10 biji tidak termasuk 3 lagi yang kecil untuk tetamu duduk2 dan bersantai. Jemputan 2800 orang... maklumlah anak tunggal. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Selamat Pengantin Baru buat pasangan raja sehari pada hari tu...





















Jamuan Ksyukuran Hj Rauf, PJ

salam buat semua, di atas kesibukan melanda, dah lama aku x update blog nih. Majlis ni dah lama ber;angsung, tp baru sekarang sempat nak upload gambar nya. Majlis ni berlangsung pada bulan Januari yang lepas.

Anak Hj Rauf ni dapat cemerlang dalam PMR tahun lepas, so, dia nak buat majlis kesyukuran untuk anak perempuan tunggal dari 3 orang adik beradik ni. Menu untuk hari tu ada extra sikit yang lain dari yang biasa.


nasi baryani
ayam goreng berempah
daging baryani
dalca sayur
acar buah
air sirap mangga
buah campur
sphagetti
udang goreng tepung
sotong bersalut tepung
kuih seri muka
kuih cucur badak
air teh tarik


























Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, pada hai perbincangan tu, abah ade bertanya, bila Hj nak buat majlis besar (kenduri kahwin)... dengan tenang jawabnya.. "Insyaallah lagi 5 tahun... tunggu anak-anak saya habis belajar....."