Produk Nona Klasik

Tart "Mencintai Aku"

product

Harga: RM 27.00

"Reendu" Nasi Minyak

product

Harga: RM 8.00

Pulut Kuning "DiRaja"

product

Harga: Sila Hubungi Kami

Wedding Photos








Khemah

Selain dari makanan antara perkhidmatan lain yang ade kat NKSB, khemah. Ade 2 jenis yang famous la, Piramid dan Arabian. Tapi the top one is Arabian. Yang Arabian ni pun ade 2 jenis satu yang biasa satu lagi yang transparent (sesuai untuk function pada waktu malam). Memang cantik.. Untuk sesapa yang sukakan romance mood ni memang sesuai la.

Pakej khemah Piramid biasa :
1. Kemah (40 seater)
- scallop (putih+colour/colour+colour)
- kerusi plastik
- meja bulat
- alas meja
- kipas
- lampu
additional (option)
- underlay
- chandelier
- butterfly


Pakej khemah Arabian biasa
1. Kemah (40 seater)
- scallop (putih+colour/colour+colour)
- kerusi plastik
- meja bulat
- alas meja
- kipas
- lampu
additional (option)
- underlay
- chandelier
- butterfly
- Arabian transparent

So, these are basic about khemah.. Yang lebih pada ni pun ade.. tapi aku tunjuk yang common jea..

Pakej Catering

Kat Nona Klasik ni ade mcm2 pakej. Selalunya pakej ni kami sediakan sebagai guideline untuk customer untuk order. So, diorang senang nak buat pilihan dari segi jenis makanan, khemah, penyediaan hi table, vip table dan mcm2 lagi...

Selalunya orang cal dan tanya makanan ape yang kami (NKSB) boleh buat, tapi aku mesti cakap "macam2...." tapi aku selalu propose Nasi Baryani kami yang sedap tu....bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi most of our customer yang order mesti sebab dah pernah makan kat mane2 function yang kami dah buat. Kebanyakkannya sebab suka kat nasi dan lauk yang memang sedap dimakan tuh.... lagi sekali masuk bakul angkat sendiri..

Tapi terpulanglah... pada orang..........

Selain dari Nasi Brayani, kami jugak ada pakej untuk Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Ayam pun boleh...

Set Nasi Tomato ...( lebih kurang mcm nasi Baryani)
1. Nasi Tomato
2. Ayam Masak Kurma
3. Daging Masak Merah
4. Acar Timun Nenas
5. Dalca Sayur
6. Air
7. Buah

Set Nasi Minyak
1. Nasi Minyak
2. Ayam Goreng Berempah
3. Daging Masak Merah
4. Dalca Sayur
5. Acar Buah
6. Air
7. Buah

Ni semua basic.. Ade masanya customer suka nak tambah lauk, insyaallah kami akan buatkan.. kekadang nak tambah main course contoh.. sambal goreng jawa (kalau orang yang dari johor mesti tau macam mane rupa lauk ni), sambal sotong, lauk kambing dan macam2 lagi.. tapi semua tu x menjadi masalah pada kami... sebab yang penting customer puas hati....

Sebenarnya sesape yang nak tau lebih pasal pakej ni boleh serve website kami, tapi buat masa ni sedang dalam proses upgrading sebab tu x boleh bukak.. X pe la bila dah boleh aku akan tunjukkan kat sesapa yang berminat kat luar sana tu........

Customer Lama

Alhamdulillah... Baru nak kuar rumah lepas maghrib tadi, aku dpt call dari seorang sahabat lama yang baik yang belum pernah aku jumpa pun... kenal pun sebab katering ni..

Nabiha : Assalamualaikum.........
Aku : waalaikumsalam.
Nabiha : Nisha, ni Nabiha yang buat katering kat Bukit Jelutong masa ghaya aritu ingatx?
Aku : Ingat.. ingat...
Nabiha : Ni makcik I punya husband baru passed away, so kami nak buat kenduri la. start from tomorrow. So, buleh x kami nak order makanan...
Aku : oooo... boleh...
Nabiha : kami nak buat dalam 70 org, kat putrajaya, presint 11. x paa ka order emergency mcm ni... eisok nak makan, ari ni baru cakapp..
Aku : oooo .. x pe... lagipun eisok pun x de ape2 hal... boleh... insyaallah...
Nabiha : So, I nak order nasi la... lauk apa yang boleh..
Aku : Ni I suggest la yea, nasi putih kan..
Nabiha : Ha ... Nasi putih... Lauk apaaa
Aku : Kay la, cam ni.. nasi putih, ayam masak lemak cili api
Nabiha : Ha.. ha.. ok
Aku : Emm sambal tumis udang, sayur kobis goreng, ikan masin, buah dan air...
Nabiha : ha.. ha.. ok...ok... nanti I discuss ngan auntie I.. after 1/2 hour, I call balik untuk confirmkan....
Aku : ok x pe ... x pe

Bukan selepas setengah jam tapi selepas 1 jam 1/2 baru dia call balik, untuk confirm order. Sebagai additional dia order kerusi plastik dalam 20 biji, tukar sayur kepada sayur kacang panjang, dan air teh tarik.. Alhamdulliah... rezeki...

Sajian di Nona Klasik

Selalunya Orang kahwin mesti nak makan nasi baryani.. So, our speciality kat sini pun nasi baryani + ayam golek... Ni set nye bagi orang-orang yang nak tahu :

1. Nasi Baryani
2. Ayam Golek
3. Daging Baryani
4. Dalca
5. Acar Buah
6. Buah
7. Air Sirap

Selalunya kami sediakan set makan ni termasuk dengan perkhidmatan pramusaji dan peralatan..

Ni kira pakej macam kenduri dua pupu aku yang lepas.(post yang lepas).

Abah : Hj Hamzah bin Hj Ahmad

Abah memang one of the best cook that I ever met. Patut la dia orang yang sangat cerewet dalam bab-bab masak. At one time aku rasa memang give up bila masak... sebab jarangnya betul... asyik complain aje... Yang paling kesian ibu....... sampai aku rasa sekarang ni ibu x reti masak langsung.... Memang out terus kalau ibu yang masak.. Mungkin sebab dah lama x masak... I understand how does she feel... Feel bad and upset... yeala bila dah teruk2 memasak, tetiba complain. Tu yang dia malas masak agaknya...

Dulu abah masak sorang jea.. Macam x percaya... tapi kena percaya... sebab for all this while untill now pun dia yang uruskan semua.. dari jumpa client, pergi pasar, masak, dan g collect payment pu dia... Kuat sungguh kudrat yang Allah swt berikan pada hambanya yang sorang ni... Dia jarang merungut penat atau sakit2 badan... Cuma lately ni baru dia cakap sakit belakang... sampai kena g klinik.. kena injection baru lega... Sian dia....Semoga Allah Panjangkan Usia Dia, Kurniakan Dia Kesihatan Yang Baik, Di Banyakkan Rezeki, Dan Semoga Dia Bahagia dengan Kehidupannya...,... hanya itu yang ku harapkan buat Abah tersayang.. Luv U Abah.. Maafkan Yan......

NoNa KlAsIk SdN bHd

NONA KLASIK SDN BHD......... setelah berbincang akhirnya kami semua setuju untuk menamakan syarikat kesayangan abah ini sebagai Nona Klasik Sdn Bhd. Mungkin kerana sayangkan ibu so, nama pun syarikat pun atas nama ibu...(Nona nama panggilan). Kasih sayang yang x de siapa pun boleh takrifkan, kerana sayang x semestinya nak diucapkan selalu atau dilakukan dengan perbuatan.... cuma ingatan yang ikhlas itu lebih bermakna...........